Tuesday, 14 March 2017

WAKTU LAWATAN HSA HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR YANG PATUT KAU TAHU



Pagi Isnin yang biasa-biasa, penulis rakamkan sekeping gambiran (diatas) sebuah tangki besar yang dibawa dari bengkel ke limbungan kapal. Besar giler.

LIFE IS FRAGILE.

Pagi tadi juga, penulis diberitahu melalui wassap bahawa kakak penulis telah dimasukkan ke hospital Sultanah Aminah JB kerana terkena angin ahmar (baca, stroke). Maka tengahari, penulis pun berlarian ke hospital. Bila tiba jam 12.15pm, penulis bertanya kepada abang polis kemudian diarahkan bertanya ke kaunter sambut pesakit untuk mencari katil dan wad dimana kakak penulis berada. Dipendekkan cerita, penulis pun tiba dan kelihatan anak saudara ada disitu. Kakak penulis terkena angin ahmar dua hari lepas dan menyebabkan sebelah badannya lumpuh. Jika keadaan beransur pulih, doktor akan memindahkan kakak ke hospital Pontian pula petang ini.

Updated. 3/4/17 Isnin, Alfatihah Dzaimi binti Salamah.

Waktu lawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA JB) ialah seperti berikut:
Ahad -Khamis: 12.30pm - 2.00pm, 4.30pm - 7.30pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum: 12.30pm - 7.30pm
Perhatian & mohon maklum: Kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

SOARING REAL ESTATE PRICES EXPECTED TO CONTINUE.

Selepas itu, penulis berlarian kembali ke Tanjung Puteri Resort untuk meninjau di pejabat jualan samada masih ada kekosongan rumah. Sebelum pulang ke padang memotong rumput, penulis singgah di restoran Top Ten Kampung Pasir Putih untuk menjamah nasi ayam penyet yang garing itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




10 comments:

  1. moga kakak wak diberi kesembuhan n kembali pulih spt sediakala...

    kakak wak ddk kt pontian ke? kt mana tuh agak2nya ye

    ReplyDelete
  2. wak ni beli rumah untuk disewakan ya?

    ReplyDelete
  3. SEMOGA KAKAK PAKCIK CEPAT SEMBUH DAN PULIH SEPERTI BIASA ....

    ReplyDelete
  4. semoga kakak penulis kembali pulih...

    harga rumah bertanah semakin mahal, di Lembah Klang pun sama jg..

    ReplyDelete
  5. syafakilla utk kakak wak... x penah lg smpi ke hospital ni wpn ada sedara yg bekerja kat situ

    ReplyDelete
  6. Gitu lah masa melawat nya wak.Makcik ni dah biasa sangat berulang alik ke HSA ni.

    ReplyDelete
  7. Moga Kakak Wak cepat baik hendakNYA.

    Dah lama tak pekena ayam penyet.. sedapnya kalau ada yang belanja.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. Semoga diberikan kesembuhan utk mereka yg sakit.

    Memang kaya la Wak, asyik beli rumah je

    ReplyDelete
  9. semoga kakak Wak cepat sembuh ye.peraturan hospital ni orang kena patuhi, bukan sesaja doktor tak nak bagi tengok

    ReplyDelete
  10. Semoga kakak wak kembali pulih. Insya Allah

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly