Sunday 3 January 2016

HARD TO READ GIGANTIC NOTICE BOARD



PENULIS pun tidak faham dizaman yang moden serba canggih dengan pelbagai laman sosial, kenapa notis sebegini penting harus didirikan kain rentang atau papan tanda yang besar di tepi jalan yang sibuk? Dengan tulisan yang kecil nampak berserabut dan didirikan disudut yang payah untuk dibaca dan difahami apa yang tertulis. Sehingga penulis terpaksa berhenti di tepian longkang, keluar dari cikbibah pepel dan berjalan kaki sedikit kehadapan, semata-mata untuk membacanya.

Disini penulis salin semula apa yang tertulis untuk rujukan akan datang.

"PEMBERITAHUAN
Adalah dimaklumkan sebagaimana diputuskan didalam majlis mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mulai 1 Januari 2016, kawasan Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan Masai akan dimasukan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Semua urusan yang berkaitan hendaklah berurusan terus di:
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor

Sekian harap maklum."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

22 comments:

  1. Untuk pemberitahuan mak cik dan pak cik yg tak ada laman sosial tu wak..
    Elok benar di letak signboard besar tu..
    Senang dorang nak baca..
    Wak pun boleh ambil gambar ehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo senang dorg baca letakla tempat yg sesuai supaya semua kenderaan dari arah bertentangan pon bole baca jugakk., nih mcm x ikhlas je letak notis besar gedabak jee., huhu2

      Delete
  2. Mestilah ada keperluannya tu...wak mmg expert dgn gajet2 canggih kan tapi ramai lagi mrk yg spt makpah ni heh..heh..walau terang pun nak bersuluh juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud wak tak semestinye alat gajet2 canggih mangih ye mak., mukin leh letak dlm suratkabar metro ke kosmo ke kosless ke ape., huhu2

      Delete
  3. hehheeheh.....mgkin diorg pikir itu yg paling berkesan....tp sebaliknya yg terjadi kan...sy plg bengang bila tulisan xnmpk tp letak kt banner...adehhhh...xmencapai objektif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengang mak kannns., nak suruh org baca tapi mcm susah nak baca., x ikhlas lettewww., huhu2

      Delete
  4. yg jd masalah, da punya bsr tp x reti2 membacanya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis macam karangan., bukan tak reti baca cik kak, tapi amek masa nak membacanya., huhu2

      Delete
  5. Boleh kasi sharing rezeki Wak kat orang yang buat papan tanda tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ke rejeki masing2 tuhan dh tetapkan,, mak kanns ;p

      Delete
  6. mungkit itu la tempat yang paling sesuai buat masa ni wak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak sesuai naper tak letak pacak kat trafic light empat empat lokasi supaya kenderaan semua arah leh baca., huhu2

      Delete
  7. Mmg elok beno tu Wak....besar, terang dan jelas hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dok dlm kete manalah sempat nak baca tulisan panjang2 mcm karangan tu makk., takkanlah nak berentikan kete tengah2 jalan pulakk., huhu2

      Delete
  8. yang wak pun gigih bebeno mbaca nya tu ek.

    ReplyDelete
  9. sebab dia tak belajar grafik...

    ReplyDelete
  10. hahaha... sat nak pi tanya orang Pasir Gudang

    ReplyDelete
  11. Tak terbaca yan kalau tulisan kecik macamtu wak

    ReplyDelete
  12. kena stop ler utk baca.
    if not, tak tau ler. mesej tak sampai!

    ReplyDelete
  13. ehehe rasanya orang kene brenti dlu kalo nak abes baca notis =P

    ReplyDelete
  14. Hah!hah!Memang tak nampak dari jauh,benda mcm ni patut disebarkan dgn poster2 kecil di tempat awam mcm pejabat kerajaan,pasaraya dsb

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat