Friday 30 January 2015

SUP TULANG



SELAMAT berhujung minggu semua kawan-kawan. Orang key ell (baca: Kuala Lumpur) bercuti panjang empat hari empat malam lamanya hingga hari Selasa sempena hari cuti am Hari Wilayah dan Hari Thaipusam.

SEBAB GATAL NAK KAHWIN



Pernah atau tidak terdengar "Ala ni kahwin ni sebab gatal la ni", "Ni ke yang gatal nak kahwin tu?" Pastu dapat anak bercerai.

Thursday 29 January 2015

WHY WORKING HARD



SEKARANG ini saya sangat sibuk kais pagi makan pagi. Jiwa pun tidak tenteram. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin ya robbal alamin.

Wednesday 28 January 2015

JLO MOVIE



SUDAH lama saya tidak menonton wayang di pawagam KLCC itu. Melayan kebosanan dengan cerita lakonan Jennifer Lopez yang bertajuk 'Boy Next Door' yang biasa-biasa saja. Saya berikan 3 bintang.









Tuesday 27 January 2015

TEFAL



ALHAMDULILLAH bersyukur saja ke hadrat Illahi. Hadiah peraduan 'Beraya bersama Revive' di Econsave baru saja sampai setelah berbulan-bulan menunggu stok. Sekotak lagi set barangan dapur mangkuk hayun atas nama anak lelaki saya masih dalam perjalanan ke Masai agaknya.

[+ Beraya Bersama Revive ]

Monday 26 January 2015

ORANGE THINGS I BOUGHT RECENTLY



SUDAH banyak saya terbeli kabel sambungan telefon bimbit saya yang tidak berfungsi dengan elok. Saya amat kecewa.

Cerita lain, peraduan Shell sekarang yang saya sertai sebab membeli minyak di stesen itu. Dan saya perhatikan juga minyak jenis Ron 97 sudah tidak dijual dikebanyakan stesen minyak.

Cerita lain juga. Kelmarin saya sudah temankan anak lelaki saya untuk membeli rumah pertama beliau. Tetapi harga rumah paling murah di Taman Molek pun sudah menjangkau RM660,000.



Sunday 25 January 2015

BARBIE DOLL



HARI hujung minggu yang biasa-biasa saja.

CHINESE OPERA



PENGALAMAN menaiki bas ting ting (baca: bas berhenti-henti) dari Taman Cendana ke Masai untuk pertama kalinya juga saya lalui sementara menunggu kereta diservis di Perodua. Walaupun banyak juga teksi kosong berulang alik tetapi saya tetap menunggu bas yang lebih murah tambangnya dan saya juga tidak mengejar masa. Tambang ialah RM1.50.

Di pekan koboi Masai sempat lagi saya menonton wayang cina (baca: chinese opera) yang klasik itu.











Saturday 24 January 2015

PENGALAMAN MENAIKI BAS DARI AMPANG PARK KE BUKIT BELACAN



KADANG-KADANG saya akan menaiki bas dari rumah ke Ampang Park, tapi tidak pernah pula sebaliknya. Kelmarin saya sudah mencuba menaiki bas Rapid KL selepas senja untuk pertama kalinya. Walaupun bayaran tiket bas tertulis RM1.90 tetapi pemandu bas meminta dua ringgit pula.

Friday 23 January 2015

ON WISMA GENTING



MINGGU lepas saya sudah memohon mendapatkan penyata akaun hutang rumah dari bank di Jalan Sultan Ismail itu. Setelah 2 minggu saya datang lagi ke kaunter bank sebab saya tidak dapat menghubungi menggunakan nombor telefon yang saya pernah ada. Tetapi penyata akaun tersebut masih belum tersedia.

Thursday 22 January 2015

BINGO, SCRABBLE



SALAH satu permainan yang ada dalam telefon bimbit saya ialah Scrabble yang saya main bila ada masa terluang dan rasa bosan.

Wednesday 21 January 2015

NINA RICCI PREMIER JUOR



SAYA tidak pernah membeli minyak wangi parfum (baca: perfumes). Kelmarin saya sudah memesan atas talian. Perkhidmatan servis penghantaran yang pantas juga sebab stok simpanan minyak wangi itu ada pada penjual.

Monday 19 January 2015

AIR PARAS KETING



MINGGU lepas saya mula-mula bercadang hendak ke Temerloh, saja mahu jalan-jalan melihat keadaan selepas banjir. Tapi keinginan saya juga meluap-luap untuk menziarah masjid usang misteri di tepian Sungai Perak yang pernah diceritakan oleh blogger Si Merah Silu, juga tuan punya blog Berpetualang ke Aceh dan Art Melayu. Selepas bertanya kepada seorang pakcik di kampung yang berdekatan, saya pun tiba di Kampung Teluk Memali yang sedang dilanda banjir. Jadi hajat saya untuk ke masjid misteri itu tidak kesampaian juga. Gambar diatas saya ambil di hentian bas ditepi longkang jalan saja yang dijadikan tempat tinggal sementara dua orang tua kampung tersebut.

Sekarang ini saya tahu mengapa masjid usang (misteri lah sangat) dan kampung (bandar kah?) sekitarnya telah ditinggalkan tanpa penduduk. Dan kampung tersusun yang baru dibina itu juga tetap ditenggelami banjir juga selagi mereka tidak dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Masa musim banjir baru-baru ini juga, tajuk 'air paras keting' itu saya baru mengetahui maksud dan makna 'keting' iaitu bahagian kaki dibelakang buku lali. Dan kawan saya itu juga memberitahu bahawa urat keting lembu memang sedap kalau dibuat sup. Contoh ayat lain, keting lembu Dogol ditakik orang.

ZERO CHANCES TO WIN



SAYA sudah lama tidak menyertai peraduan. Hendak selesaikan masalah lain dahulu. Jiwa sekarang tidak tenang.

Sunday 18 January 2015

TBS, KLIA2



SETELAH dua kali menangguh penerbangan anak saya pulang ke kolejnya di Pasir Mas kerana kebanjiran, maka kelmarin dia sudah dapat terbang kembali ke sana. Alhamdulillah, sempat lagi kami memakan daging panggang (baca: steak), membeli belah pakaiannya dan semoga dipermudahkan segala urusan.







Saturday 17 January 2015

MAMAK ROJAK TASIK TITIWANGSA



TENGAHARI kelmarin saya sudah berpergian ke Tasik Titiwangsa melayan rojak mamak yang popular yang tiadalah meja tempat makan juga. Pelanggan hanya duduk di kerusi plastik melayan diri dibawah lembayung pepohon dan dihembus angin tasik yang sepoi-sepoi bahasa.



Thursday 15 January 2015

KLCC VIEW THIS EVENING



SEKARANG ini musim hujan, amat sukar hendak menangkap gambar matahari terbenam juga.

Tuesday 13 January 2015

GADIS MELAYU, K-POP



TIBA-TIBA saya merasa kejutan dengan kisah yang viral sekarang ini. Anak-anak dara kita sekarang dimana kemaluan mereka pula?

URUSAN DI MENARA ANSAR



HARI Ahad adalah hari bekerja untuk jabatan kerajaan termasuk SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) di Menara Ansar.

Walaupun pada mulanya mendapat nombor giliran 60 orang didepan saya dan menunggu tidak sampai sejam tetapi malangnya nasib saya sebab salah pemahaman dan komunikasi maka proses mendapatkan sijil memakan masa lebih 2 jam. Tetapi saya bersyukur juga kerana urusan dapat diselesaikan hari itu juga.

Monday 12 January 2015

MINUM REVIVE DAN MENANG



SAKI baki hadiah peraduan dari tahun lepas dapat juga dikecapi walaupun nama saya tidak tersenarai dan tidak memenangi apa-apa hadiah. Peraduan Revive 'Minum dan Menang' yang mendapat 2 jeket flis, 2 beg besar dan baucer sukan Nike manakala Kimberly Clark 'Detik Bahagia Keluarga' mendapat baucer beli belah RM300 saja.

Sunday 11 January 2015

ANGRY BIRD, TAK3N



AKTIVITI hujung minggu bersama keluarga yang biasa-biasa saja.

Saya bepergian ke Galleria Kotaraya mencari pejabat SSM tetapi tidak berjumpa di UTC tingkat atas itu. Bila saya bertanya kepada abang sekuriti telah berkata ada di Menara Ansar bersebelahan sahaja. Tetapi bila saya ke Menara Ansar, pejabat tutuplah pula sebab hari itu hari Sabtu. Kebetulan di Kotaraya itu saya terus membuat salinan kunci rumah 5 set. Dan melayan tapak permainan kanak-kanak Angry Bird Activity Park mini yang tidaklah sebesar seperti di plaza baru Komtar.

Malamnya pula, saya melayan cerita wayang Tak3n yang saya telah di'pau' untuk menonton cerita berbintang 9/100 (Rotten Tomatoes). Menyesal saya tidak membaca ulasan terlebih dahulu dan terus membeli tiket Imax 2D yang mahal itu juga.

Thursday 8 January 2015

PERSATUAN JAMA'ATUL RIAZ



KEBETULAN kelmarin saya mendapat tahu ada majlis penutup latihan kompang, silat dan kuda kepang di kampung itu. Mula-mula saya teringin hendak tunggu untuk mengambil gambar tetapi kesuntukan masa pula kerana majlis diadakan lewat malam.



Wednesday 7 January 2015

HOT PLATE



SEKARANG ini waktu malam kalau saya malas makan nasi, saya memesan mee atas kuali panas sahaja.

Monday 5 January 2015

IPHONE 6



ADA rakan saya sudah berminat hendak membeli telefon pintar iPhone 6 yang baru. Masa ini harganya ialah RM2300 sahaja, tetapi rakan saya itu mahukan kapasiti 126GB pula yang tiada dalam stok kedai penjual. Saya telah sarankan beliau memesan atas talian, siap dengan tulisan nama sendiri dibelakang iPhone itu nanti. Tapi sampai sekarang beliau belum membuat keputusan lagi.

Sunday 4 January 2015

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat